TIP
Jawapan bagi soalan perbincangan dan soalan penilaian adalah seperti berikut:
Soalan 1
(a) | Pemerhatian : |
| Saiz ayam di reban Rosli besar dan saiz ayam di reban Razak kecil / Berat ayam Rosli 3 kilogram, manakala berat ayam Razak 2 kilogram. (Tiada markah untuk jawapan ini-murid hanya perlu menulis semula pemerhatian yang telah diberi dalam rajah 1) |
| Inferens: |
| i. Ayam di reban Razak lebih berat daripada ayam di reban Rosli kerana mendapat bekalan makanan yang banyak. (1 markah) |
| ii. Saiz ayam di reban Rosli lebih besar kerana tiada jangkitan penyakit. (1 markah) CATATAN: Inferens yang diberi haruslah bersandarkan kepada pemerhatian yang ditulis. Murid boleh memberikan sebarang inferens yang logikal berdasarkan pemerhatian. |
(b) | Inferens : Saiz ayam di reban Rosli lebih besar kerana mendapat bekalan makanan yang banyak |
| Pemerhatian : Ayam di reban Rosli mempunyai bulu yang lebat. / Ayam di reban Rosli lebih tinggi. |
Soalan 2
(a) | i. Bilangan guli ----- 1 markah |
| ii. Bacaan aras air dalam silinder penyukat ----- 1 markah (Apabila soalan bertanyakan tentang dua pemboleh ubah yang boleh dikumpulkan, pemboleh ubah yang dimalarkan, iaitu jenis dan berat guli tidak akan diterima sebagai jawapan. Jenis pemboleh ubah iaitu bergerak balas dan dimanipulasikan juga tidak akan diterima sebagai jawapan. Menyatakan isi padu air sebagai salah satu pemboleh ubah tidak tepat kerana dalam penyiasatan ini, isi padu yang dicatat pada silinder penyukat ialah isi padu air + isi padu guli). |
(b) | Semakin banyak bilangan guli dimasukkan ke dalam silinder penyukat, semakin tinggi bacaan aras air dalam silinder penyukat --- 1 markah (Soalan ini sebenarnya berkehendakkan calon membina hipotesis berdasarkan kedua-dua pemboleh ubah yang telah dikenal pasti di (a)) |
(c) | Meningkat. --- 1 markah (Jawab secara ringkas sama ada meningkat atau menurun berdasarkan keputusan eksperimen-lihat pada pemboleh ubah yang bergerak balas) |
Soalan 3
(a) | Pemerhatian : Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A. (Pelajar boleh memilih pemerhatian 1 atau 2) |
| Inferens : i. Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat baja /nutrien yang mencukupi. --- 1 markah ii. Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat bekalan air yang banyak/mencukupi. ---- 1 markah (Berikan inferens yang dapat menyokong pemerhatian yang dipilih) |
(b) | Inferens: Anak pokok dalam pasu B lebih tinggi daripada anak pokok dalam pasu A kerana mendapat baja /nutrien yang mencukupi. (Tiada markah untuk jawapan ini-pelajar hanya menulis semula inferens yang diberikan di (a)) |
| Pemerhatian: Anak pokok dalam pasu B mempunyai bilangan daun yang lebih banyak -----1 markah |
Soalan 4
(a) | i. | isi padu air ----- 1 markah (Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan – tidak berubah dalam penyiasatan ini) |
| ii. | kuantiti garam(g) ----- 1 markah (Pemboleh ubah yang dimanipulasikan ialah pemboleh ubah yang diubah-ubah dalam penyiasatan ini - biasanya pemboleh ubah yang ditulis pada lajur kedua dalam sesuatu jadual /keputusan eksperimen) |
| iii. | suhu ais (oC) ---- 1 markah (Pemboleh ubah yang bergerak balas ialah hasil yang diperolehi daripada eksperimen--biasanya pemboleh ubah yang ditulis pada lajur ketiga / terakhir dalam sesuatu jadual /keputusan eksperimen) |
(b) | Menurun---- 1 markah (Jawab secara ringkas sama ada meningkat atau menurun berdasarkan keputusan eksperimen-lihat pada pemboleh ubah yang bergerak balas) | |
(c) | Semakin banyak kuantiti garam yang dimasukkan ke dalam bikar, semakin rendah suhu ais (oC) yang dicatat. ----- 1 markah (Kaitkan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas) http://www.tutor.com.my |

( Sumber Rujukan Sains Anda )