skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Pejabat Penasihat Sains

Pejabat Penasihat Sains (PPS) telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pada tahun 2004 Kabinet telah memutuskan supaya pejabat ini diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

PPS diterajui oleh Penasihat Sains yang berperanan sebagai Penasihat kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jemaah Menteri serta Kerajaan mengenai dasar, strategi dan rancangan pelaksanaan bagi penyelidikan dan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi negara.

PPS memberi pandangan kepada kerajaan dalam kecemerlangan sains dan teknologi serta kegunaannya secara inovatif untuk memaksimumkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan kualiti kehidupan masyarakat. Dalam pembangunan S&T, PPS berpegang kepada amalan sikap berkecuali, objektif dan mengoptimumkan kekuatan antara sektor merentasi mekanisme kerajaan dan entiti swasta. PPS turut menekankan perkembangan dan pembangunan saintifik secara holistic sebagai ramuan utama untuk pembangunan Negara dengan menggalakkan aktiviti menerusi keseluruhan rangkaian nilai inovasi.

Pejabat ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan asas pengetahuan Negara dan penterjemahannya dalam bentuk penggubalan polisi serta strategi pelaksanaan yang berkesan. Kesemua ini seharusnya mencerminkan realiti senario global yang sentiasa menampilkan pelbagai peluang dan cabaran. Dalam mengiktiraf kedinamikan proses inovasi, pejabat ini aktif menggalakkan hubungan antarabangsa dalam S & T di samping memperkukuhkan keupayaan tempatan dalam memajukan pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan saintifik.

Selain dari itu PPS turut memberi tumpuan dalam pembangunan industri yang berunsurkan teknologi tinggi (hi-tech) bagi memajukan pembangunan perindustrian Negara selaras dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

TANGGUNGJAWAB UTAMA DAN FUNGSI

Tanggungjawab

  1. Menasihati Perdana Menteri dan Kabinet mengenai semua hal yang berkaitan Sains dan teknologi
  2. Memberikan maklum balas terhadap kertas kerja teknikal dan siantifik yang dikemukakan oleh mana-mana agensi kepada kerajaan
  3. Menjadi ahli Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN)
  4. Menjadi ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Kebangsaan (NDPC)
  5. Menjadi ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (MTMN)
  6. Mewakili Jabatan Perdana Menteri dalam forum dan jawatankuasa saintifik di peringkat nasional dan antarabangsa
  7. Menjadi penggerak utama dan kemajuan Sains dan Tekanologi Negara

Fungsi Penasihat Sains

  1. Memberikan pandangan dan nasihat yang jelas ke atas sesuatu dasar yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi
  2. Membantu dalam perlaksanaan serta menjelaskan dengan lebih berkesan terhadap sesuatu dasar atau polisi Kerajaan terhadap perkembnagan pembangunan dan penyelidikan Sains dan Teknologi Negara
  3. Membantu perkembangan industri yang berunsurkan teknologi tinggi (hi-tech) bagi memajukan pembangunan perindustrian Negara selaras dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
  4. Membantu industri tempatan di dalam pelbagai teknologi terkini untuk meningkatkan daya saingan di pasaran tempatan dan antarabangsa

 

 

 

 

Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes