skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Hujan asid




Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes