Memandangkan dalam bulan yang mulia ini hantu polong,penanggal,pocong dan segala bagai telah dirantai maka perlu memberanikan diri untuk mengexposekan beberapa filem hantu yang seram.
Bagi pandangan budak kecil ,cerita yang dihasilkan sangat seram hingga membuatkan penonton sambil menutup muka dengan bantal..dan part yang paling celaka ketika menonton filem seram ialah dimana ketika sedang menonton tiba-tiba lampu sengaja dipadamkan oleh abang aku..perkara sebegitu telah membuatkan menangis teresak-esak.Justeru aku mengambil tisu Premium dan mengelap air mata aku yang bercucuran jatuh ke bumi.
Mak Lampir
Sebenarnya cerita mak lampir ni tak seram pun,tapi kawan aku kata seram.Di rumah dia sahaja mempunyai hampir 20 koleksi cerita Mak Lampir ni.Setelah beberapa tahun VCD mak lampir itu terpaksa dilupuskan kerana menjadi sarang anai-anai.
Mak lampir ni bukan hantu tapi macam nenek sihir yang evil,pandai bersilat..lepas tu ada power otomen..boleh terbang..aku terlupa yang rumah aku dulu juga mempunyai VCD Mak Lampir ini..dan akhirnya CD tersebut aku buat baling-baling je..ala macam macam baling piring tu.
Main-Main Hantu
Cerita play-play ghost ni memang best gila,sehingga membuatkan aku ternanti-nanti setiap kali keluar dikaca televisyen.Berkisar sekumpulan pelajar perempuan yang nak pergi mana ntah,lepas tu bas yang dinaiki rosak jadi terpaksa bermalam dirumah kosong.
Hamid Gurkha ketiak masa tu muda remaja dan menjadi driver bas..kelakar cangat-cangat,,itew shukew abang amid..cepat muntah! Mula-mula budak perempuan nak takutkan cikgu diorang yang selalu cakap besor..tengok-tengok ada hantu lain.
Last sekali hantu yang kacau diorang tu sebenarnya orang jahat..masa siang nak balik tu barulah ada hantu betul-betul.Tapi bila aku tengok semula cerita ni..tak seram langsung..nak ketawa pun ada
Malam Satu Suro
Sundel bolong adalah mitos hantu dari nusantara yang umumnya digambarkan sebagai wanita cantik berambut panjang dan bergaun panjang warna putih yang bolong ("berlubang tembus") di bagian punggung yang sedikit tertutup rambut panjangnya sehingga organ-organ tubuh bagian perut terlihat.Banyak yang menyangka bahwa Sundel Bolong sama dengan Kuntilanak, karena dalam mitosnya, keduanya digambarkan sama-sama berambut panjang dan mengenakan gaun putih.Hal yang membedakan antara penggambaran sundel bolong dengan kuntilanak adalah punggungnya yang bolong (berlubang)
Hany (Susanna Caecilia) dan Nurdin (Alex Kembar) sudah lama berpacaran, tapi tidak disetujui oleh ayah Hany, Rustam (A.Hamid Arief). Rustam ingin menjodohkan Hany dengan anak teman usahanya, Hendra (Hendra Cipta), karena Rustam mempunyai sejumlah hutang pada ayah Hendra, Hidayat(S.Bono).
Penyakit Nurdin, seperti sakit anjing gila itu menular kepada Hany. Selain itu penyakit dengan ciri lintah menular pada penduduk kampung. Keadaan ini membuat marah penduduk, dan saat orangtua Hany datang menjenguk hendak dikeroyok penduduk desa.
Malapetaka ini berakhir berkat bantuan doa ulama Ibrahim (Husin Lubis), yang mnegetahui siapa pembuat ilmu hitam ini.
Telaga Angker
Dengan matanya yang hitam kat sekeliling tu,pakai baju putih..memang cam pontianak lah..tapi kalau tengok ramai tak seram sangat la kan.Masing-masing nak tunjuk dia lah yang paling cool.
Itu antara filem seram yang aku takut masa kecik,tak tahu dengan korang pulak kan.Sekarang ni pun cerita hantu dah macam hantu orang putih.Hantu kurang tapi suspen yang lebih.
( Sumber Rujukan Sains Anda )