skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Bayi berkepala 2


Wanita Lahir Bayi berkepala 2 Di Brazil

Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala 2. Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi berkepala 2 itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Bayi berkepala 2 Sihat.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.

“Bayi berkepala 2 itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.

Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.




 
http://bit.ly/lamansains
( Sumber Rujukan Sains Anda )
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes