skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Tumpahan Minyak Di Perairan Selat Melaka




PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Tumpahan minyak yang berlaku disebabkan pelanggaran dua buah kapal di perairan Selat Melaka, kira-kira 37 kilometer dari pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin, adalah tidak serius, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata pasukan operasi telah ditubuhkan untuk memantau keadaan itu yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri dan akan bekerjasama dengan Jabatan Laut, kerajaan negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Buat masa ini, (tumpahan minyak) tidak serius. Menurut pakar, cecair naphtha (minyak) yang dibawa oleh kapal itu akan melalui proses pemeluwapan selepas dua jam terdedah kepada cahaya matahari dan kedudukan kapal pula berada kira-kira 20 batu nautika daripada pantai Port Dickson.

"Bagaimanapun, usaha-usaha sedang dilakukan bagi memastikan tiada tumpahan minyak (yang baru) berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan cek Anugerah Hibiscus Perdana Menteri daripada penaja kepada penganjur, di sini pada hari Khamis.


25 orang krew terbakar

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelanggaran membabitkan sebuah kapal tangki MT Formosa Product Brick dari Liberia membawa muatan minyak mentah dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kapal kargo Ostende Max dari Britain membawa arang batu yang menyebabkan berlaku tumpahan minyak dalam lingkungan lima kilometer di perairan terbabit.

Berikutan insiden tersebut, kapal tangki yang membawa 25 orang krew itu terbakar manakala sembilan anak kapalnya masih hilang. Kapal kargo terbabit pula kini berlabuh di perairan Port Dickson setelah tiga anak kapalnya cedera.

Uggah berkata kebakaran di kapal tangki MT Formosa telah berjaya dipadamkan pagi ini.
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes