![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi291MD-UF09S-2REXEco0ejBhx4r8SOvodSn_fwMHkv8nR9l3GdYel2ZqxFwPlkCus2KRnX2u5DyTGO2zW-iS-Xrnyxy2rrL-6j63xaz-cdruvhPO337Fe0pUsGVCMUsbMfm9wdg3xGNg/s640/Black+Dragon+Wallpaper.jpg)
Naga Cina ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat.Dalam sejarah, naga merupakan lambang Maharaja China.
Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri.
Masyarakat Cina menganggap naga melambangkan kekuatan dan kekuasaan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS_d4rnKT6cbp_dttR8JIWmf9wTb0u1LtLBRbZAj2IuLGwqNVsN7uf7MeOBFml1w06RvsTABqKmHgKC4ljujzt5rccYTXiRgwIPB8BN03udfoKHzOCqx6b_Q5wX2JJ85rD9U25hNkZp6c/s1600/thumbbig-123826.jpg)
Berdasarkan pendapat Eropah, naga membawa konotasi agresif seakan-akan mahu berperang, tetapi ramai rakyat. China tidak setuju dengan pendapat ini.Masyarakat Eropah menggambarkan naga sebagai makhluk yang jahat.
Berdasarkan mitologi Cina, naga memiliki kaitan yang sangat erat dengan angka “9″. Contohnya, Naga Cina sesungguhnya memiliki 9 karakteristik yang merupakan kombinasi dari makhluk-makhluk lainnya. Iaitu :
1. Ia memiliki kepala seperti unta
2. Sisiknya seperti ikan
3. Tanduknya seperti rusa
4. Matanya seperti siluman
5. Telinganya seperti lembu
6. Lehernya seperti ular
7. Perutnya seperti tiram
8. Telapak kakinya seperti harimau
9. Dan Cakarnya seperti rajawali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgF4ggmellEEoez8p328X1wusrDOIoEg3LH76d9CblEGZvvcuplV9AeQV3txqn7-qbxammx639OVHihmHAiAnREkUAHFO6N5bY4FW7FfR6arPRKFeWhZsrDsuEiY_6TDPHhb5s3jqYCWA8/s640/Dragon-Wallpaper-dragons-13975575-1280-800.jpg)
Kini, amat jarang sekali ada orang yang percaya akan kewujudan naga, apatah lagi naga sebagai makhluk yang wujud. Hal ini amat berbeza, naga masih dipuja sebagai dewa di sesetengah kampung di China, dan amat berurat-akar dalam tradisi kebudayaan China seperti sambutan Tahun Baru Cina.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZSU3Gw98o7fMruRxEbVcSRX9INoTWaS9EHS7R34FpSECWQZXbWvwBKl0CsDp79RMiOl1cYSj_dgjKBxelGd0uQvt5_Bbi4ROvJplCDQkP-J5GHfQcQnii6zkoPw4rPOI7XcMLrOP2DP8/s200/12.gif)
( Sumber Rujukan Sains Anda )