skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Malaysia Semakin Panas - Fenomena Gelombang Panas




Cuaca panas di Malaysia mungkin akan menjangkau kepada 37 hingga 40 darjah Celcius tidak lama lagi jika kesan pemanasan global berterusan.

Pada masa ini, kebanyakan tempat di negara ini dilanda cuaca panas dan kering. Menurut pakar kaji cuaca, keadaan ini mungkin berlanjutan .Menurut laporan berita, Subang di Selangor mencatat suhu setinggi 36.2 darjah Celsius  manakala suhu di ibu kota Kuala Lumpur mencecah 36 darjah Celcius .

Pada tahun 1980, gelombang panas di Amerika Syarikat menjadi punca kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati semasa gelombang panas melanda benua Eropah pada tahun 2003.




Apakah itu fenomena gelombang panas?


Gelombang panas berlaku apabila suhu semasa adalah lebih tinggi daripada suhu normal setempat.

Menurut pakar kaji cuaca, suhu bagi orang yang berasal dari kawasan panas yang dianggap normal boleh menjadi gelombang panas di daerah yang biasanya mempunyai suhu lebih rendah.



Gelombang panas yang teruk dikenal pasti sebagai punca kematian akibat hipertemia iaitu suhu badan meningkat menjadi amat panas. Ia juga boleh menjadi penyebab gangguan bekalan tenaga berikutan peningkatan penggunaan alat pendingin hawa.

Gelombang panas terjadi apabila suhu tinggi luar biasa berlangsung selama beberapa hari. Ia juga boleh berlaku dalam waktu yang singkat dengan pertambahan suhu secara mendadak.



Nasihat Pakar - Jauhi panas terik


"Minum banyak air jika anda perlu keluar rumah. Anda juga dinasihatkan tinggal di dalam rumah yang memiliki kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi.

"Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari.

"Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda tidak berasa dahaga," nasihat pengamal perubatan, Dr. Shuhaimi Jamil dari Rawang, Selangor.



Like Jika Suka 

Share dengan Rakan Anda 
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes