KUALA TERENGGANU 11 Mac - Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis di daerah Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu .
Pegawai bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ,ASP Jusoh bekata , ia dibuat sebagai langkah berjaga - jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda jepun .
Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richer yang melanda Pantai Timur Honshu , jepun pada pukul 1.46 petang hari ini , dilaporkan mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.
" Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman "
" Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda jepun , kita tetap berjaga -jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi - manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik " kata Suhaimi
Beliau berkata , rondaan kan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya.
-Bernama di Utusan Malaysia
( Sumber Rujukan Sains Anda )