Cuaca panas di Malaysia mungkin akan menjangkau kepada 37 hingga 40 darjah Celcius tidak lama lagi jika kesan pemanasan global berterusan.
Pada masa ini, kebanyakan tempat di negara ini dilanda cuaca panas dan kering. Menurut pakar kaji cuaca, keadaan ini mungkin berlanjutan .Menurut laporan berita, Subang di Selangor mencatat suhu setinggi 36.2 darjah Celsius manakala suhu di ibu kota Kuala Lumpur mencecah 36 darjah Celcius .
Pada tahun 1980, gelombang panas di Amerika Syarikat menjadi punca kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati semasa gelombang panas melanda benua Eropah pada tahun 2003.
Apakah itu fenomena gelombang panas?
Gelombang panas berlaku apabila suhu semasa adalah lebih tinggi daripada suhu normal setempat.
Menurut pakar kaji cuaca, suhu bagi orang yang berasal dari kawasan panas yang dianggap normal boleh menjadi gelombang panas di daerah yang biasanya mempunyai suhu lebih rendah.
Gelombang panas yang teruk dikenal pasti sebagai punca kematian akibat hipertemia iaitu suhu badan meningkat menjadi amat panas. Ia juga boleh menjadi penyebab gangguan bekalan tenaga berikutan peningkatan penggunaan alat pendingin hawa.
Gelombang panas terjadi apabila suhu tinggi luar biasa berlangsung selama beberapa hari. Ia juga boleh berlaku dalam waktu yang singkat dengan pertambahan suhu secara mendadak.
Nasihat Pakar - Jauhi panas terik
"Minum banyak air jika anda perlu keluar rumah. Anda juga dinasihatkan tinggal di dalam rumah yang memiliki kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi.
"Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari.
"Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda tidak berasa dahaga," nasihat pengamal perubatan, Dr. Shuhaimi Jamil dari Rawang, Selangor.
Like Jika Suka
Share dengan Rakan Anda