skip to main | skip to sidebar

Laman Sains

Pages

  • Home
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • STPM
  • Bank Soalan

Menonton Televisyen Menyebabkan Pendek Nyawa


LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.
Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.


Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. – Agensi.

Kesan Menonton TV


1.Diabetes tahap 2

Kira-kira 26 juta rakyat amerika menghidap penyakit kencing manis, dan berisiko juga terhadap penyakit serangan jantung dan stroke. Faktor-faktor utama yang menjadi punca terhadap penyakit ini adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif, amalan pemakanan yang tidak baik dan sebagainya.

 Hasil kajian terhadap 175,938 orang mendapat bahawa menonton televisyen selama 2 jam akan meningkatkan 20 peratus risiko penyakit ini.
2.Penyakit Kardiovaskular (CVD)

Ia termasuk serangan jantung, tekanan darah tinggi, angina (sakit dada disebabkan oleh bekalan darah berkurangan ke jantung), strok dan kegagalan jantung berfungsi dengan baik. Kajian JAMA mendapati 15 peratus peningkatan risiko untuk penyakit kardiovaskular membawa maut di kalangan mereka yang menonton TV dua jam sehari.

 Satu kajian baru-baru ini di Australia pula mendapati bahawa lebih banyak pendedahan kanak-kanak terhadap skrin, semakin tinggi risiko arteri di mata mereka akan menyempit, yang boleh membawa penyakit kardiovaskular di kemudian hari.

 
3.Peningkatan Kematian

Kajian JAMA mendapati bahawa menonton dua jam TV setiap hari, meningkatkan risiko kematian daripada semua punca-punca kematian yang lain sebanyak 13 peratus ketika tempoh ujian dijalankan. Lebih buruk lagi, risiko dijangkakan akan meningkat dengan menonton televisyen lebih daripada tiga jam setiap hari, disusuli dengan gaya hidup pemakanan snack ketika menonton TV.
4.Gangguan tidur

Seseorang perlu tidur antara tujuh ke lapan jam setiap hari, tetapi kebanyakan orang dewasa tidak mendapat tidur yang secukupnya. Menurut kajian menonton TV di katil atau menonton sebelum anda tertidur merupakan satu tabiat yang tidak baik. Kekurangan tidur akan meningkatkan risiko kegemukan, serangan jantung, kemalangan jalanraya dan sebagainya.
5.Rabun 

Myopia (rabun dekat) menjejaskan 1.6billion orang di seluruh dunia. Menjelang 2020, angka ini dijangka mencecah 2.5 bilion. Kadar yang tertinggi adalah di negara-negara di mana kanak-kanak lebih banyak menonton TV dan bermain permainan komputer berbanding yang bermain di luar. Di Tokyo dan Hong Kong, 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang rabun dekat berbanding 20 peratus di Amerika Syarikat.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun menghabiskan masa purata sebanyak 4-3 jam kurang untuk bermain di luar dalam seminggu berbanding anak-anak yang normal dan menghabiskan masa lebih daripada 4 jam menonton TV setiap hari.


Mesti Baca

-- Keburukan Facebook
-- Jangan Menghadap Komputer Lebih 5 Jam Atau Mati





 
http://bit.ly/lamansains
( Sumber Rujukan Sains Anda )
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel Khas

Rahsia Promosikan Produk / Servis Kepada 32 000 000 Pelanggan

Teknik Rahsia Dapatkan RM 255 Setiap Hari Dengan Facebook

Cara Mudah Jana RM 1000 - RM 3000 Sebulan Dengan Bisnes Printing










[close]
 
Laman sains menyediakan & nota sains & pelbagai informasi terkini khas untuk anda.

Koleksi Nota Sains

  • Nota Sains STPM
  • Nota Visual SPM
  • Nota Visual PMR
  • Nota Sains Tingkatan 5
  • Nota Sains Tingkatan 4
  • Nota Sains Tingkatan 3
  • Nota Sains Tingkatan 2
  • Nota Sains Tingkatan 1
  • Nota Sains Tingkatan 1 - 4
  • Nota Kimia
  • Nota Fizik
  • Nota Biologi
Powered by Blogger.

Paling Popular

 
 

Kandungan

Jom Join Ahli


 
Copyright (c) 2010 Laman Sains. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes