Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu bahagian dalam minda anda .Apabila bahagian minda ini aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluang-peluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai.Seterusnya tulis markah yang ingin anda capai dalam subjek sains.
2.Senaraikan tajuk yang telah dikuasai & yang lemah
Apabila kita kata subjek yang kita kuat, ia bermaksud subjek yang kita boleh skor A atau boleh skor markah 80 ke atas.Maka , kita perlu kenalpasti tajuk yang kita betul-betul fahami & senang diingati.Manakala tajuk yang sukar difahami perlu diberi penekanan.
3. Sentiasa menbuat latih-tubi
Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam peperiksaan.Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred A ialah untuk pelajar yang boleh jawab soalan mengikut skema jawapan yang telah diberikan.
Maksudnya, jika kita mahu dapat gred A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan kita perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai dengan melakukan latih tubi.
4.Jaga kesihatan fizikal & mental
Selalunya, apabila sudah terlalu bersemangat untuk skor A, pelajar lupa menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Mereka terperap dalam rumah atau bilik untuk membaca buku. Mereka enggan keluar berjalan-jalan atau bersenam.
Banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Ia boleh dilakukan dengan memakan buah-buahan segar atau sayur-sayur segar.
5.Dapatkan bantuan rakan-rakan & guru
Ibu bapa, guru dan rakan-rakanlah yang boleh membantu menaikkan semula semangat dan keyakinan diri yang semakin jatuh itu.Sentiasa bertanya kepada guru & rakan tentang teknik untuk cemerlang dalam subjek sains.
Apabila guru & rakan-rakan kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan membawa kita ke arah kejayaan, lebih mudah untuk kita ke sana.
Mesti Baca
-- Tips Menjadi Pelajar Cemerlang
( Sumber Rujukan Sains Anda )